Mengenali Saya

Mula berminat kepada usaha bisnes sejak lama dahulu. Namun kekangan masa dan idea tidak memberikan kesempatan untuk menceburi bidang bisnes secara sepenuh masa.

 

Pelbagai usaha bisnes pernah dijalankan sehingga akhirnya menemui produk yang dapat dijual dengan memberikan keuntungan yang berbaloi.

 

Platform ideabisnesku.com ini adalah wadah untuk sama-sama kita berkongsi apa sahaj berkaitan bisnes. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat memberikan makna dan manfaat untuk lebih ramai lagi dalam kalangan kita untuk menjadikan bisnes dan perniagaan ini sebagai sumber rezeki.

 

Marilah sama-sama kita berusaha untuk mendapatkan redha dalam usaha bisnes kita. Banyak usaha bisnes yang baik-baik, asalkan kita tahu bagaimana untuk menguruskannya. Percayalah bahawa usaha kita yang semampunya disertai dengan doa menjadikan bisnes kita bergerak secara halal akan menambahkan kemakmuran untuk kita nikmati bersama.